FIRST TRAVEL TO KOREA

Bismillah....

Assalamualaikum semua ^^, so harini baru dapat ilham nak tulis apa dalam blog saya ni. Jadinya hari ini nak cerita lah sedikit pengalaman travel ke luar neagara buat pertama kalinya. 

Mungkin ramai terkejut saya pergi travel dengan siapa, sebenarnya pergi travel dengan adik perempuan , so kami dua orang jerla dan kitaorang tak menggunakan "pakej". kitaorang rancang nak pergi korea dalam 3 bulan macam tuh, Nak pergi mana, makan apa, naik apa. agak lamalah kitaorang berdua rancang. Mula-mula umi macam tak kasi untuk kitaorang pergi berdua, lama-lama umi macam okay.

Mesti ar ramai tertanya2, dari mana kitaorang dapat duit pergi ke korea.Oh sebelum tu, lupa nak bagitau kitaorang pergi time "summer". kitaorang dah takda masa yang sesuai  masa yang free untuk travel, time tu jerla yang free. cakap pasal duit, aku dengan adik aku kerja full time selama 3 bulan macam  tuh, aku ada masa sebab time tuh tunggu degree dan baru jer habis diploma. adik aku pulak dia tunggu masuk degree UIA, sebab dia asasi kena tunggu lama sikit. so korang kalau nak tengah tunggu-tunggu upu ker, bolehla kerja and travel. Sebab aku suka gila travel .

Korea? hurm bolehla, better korang pergi Jepun sebab aku rasa Jepun lagi best, kalau dekat Korea tuh naik "subway" (macam ktm) terus naik jer ramai warga orang tua, jadinya orang tua lebih banyak dari muda so diorang tak hairan sangat bila makcik-makcik ada kesusahan , diorang nie rushing gila nak pergi kerja naik subway, sampai kan lari dalam subway tuh pun ada. kadang-kadang bila makcik2 dengan pakcik2 nampak kitaorang tengah pegang map ker tengah susah time tuh dia tolong , tapi dia guna bahasa isyarat jerla tapi nasib baik aku pernah belajar bahasa korea, dalam 70% lah aku boleh faham , sebab aku pernah jadik translator dekat satu website tuh kejap jerla. ha yang banyak tolongnyer pakcik2 makcik2 tulah diorang nie peramah gila.

so ada satu haritu ,kitaorang tersesat, sampai ke pedalaman sebab tersilap naik train. so bila kitaorang tersalah train ramailah makcik2 dari pedalaman nie tengok kitaorang pelik sebab pakai tudung, semua pandang aku dengan adik aku seram dah, pastu tetiba makcik korea nie dia selamber jer dia pegang tudung aku libas2 hahaha time tuh dia cakap "wajib" dalam bahasa korea, nasib aku paham pastu dia cakaplah dekat kawan dia kenapa dia pakai tudung, pastu dia cakap dekat kawan dia " sebab agama wajibkan" pastu aku pun senyum, diorang pun tengok sambil senyum, 

tujerla kot nak cerita, banyak kali kenangan yang luar biasa pernah kena hahaha tapi banyak sangat, so tu jerla , thanks kerana sudi baca dari atas sampai akhir. kalau nak solat, senang jer sebab kitaorang punya guesthouse dekat2 dengan tempat kitaorang pergi so, ulang alik jer. ouh lupa nak cakap kitaorang pergi tuh 9 hari 8 malam.

adalah sikit gambar2 kitaorang dekat korea. nie semua gambar adik jer ahhaha
















Comments

Post a Comment

Popular Posts