ISU-ISU ETIKA PERBANDINGAN
Jelaskan perbezaan antara ajaran agama Hindu dan Buddha berkenaan konsep “Nirwana”.
Secara ringkas, Nirwana juga disebut sebagai syurga dalam konteks agama Islam atau merujuk kepada tempat atau sesuatu di mana manusia mencapai tahap kebahagiaan yang tertinggi. Namun, terdapat perbezaan konsep nirwana dalam setiap agama, khususnya agama Hindu dan Buddha. Dalam agama Hindu, Nirwana merupakan tempat di mana setiap makhluk ciptaanNya berasa tenteram, aman damai dan sempurna kerana tiada lagi proses kelahiran semula ke dunia. Penganut Hindu percaya proses kelahiran kembali ke dunia atau juga disebut sebgaai reinkarnasi akan berlaku setelah seseorang menemui ajalnya, namun situasi ini dapat dicegah daripada berlaku sekiranya seseorang itu telah bersatu dengan Tuhan (mencapai Moksha). Bagi mendapatkan Moksha, maka manusia perlu mengikuti ajaran Hindu seperti ahimsa dan sebagainya
Berbeza dengan agama Buddha, istilah Nirwana berasal daripada perkataan Sanskrit yang membawa maksud kemusnahan dan pemadaman. Berbeza dengan agama Hindu, konsep nirwana dalam agama Buddha tidak merujuk kepada tempat, sebaliknya merujuk kepada keadaan iaitu apabila seseorang sudah mencapai kebahagiaan yang tertinggi. Selain itu, menurut agama Buddha, apabila seseorang mencapai nirwana, mereka sudah terlepas daripada keazaban dan penderitaan di dunia seperti terhindar daripada penyakit, kematian, rasa putus asa dan kebencian. Oleh itu, bagi mencapai nirwana maka seseorang itu perlu melaksanakan Lapan Jalan Mulia bagi mencapai pencerahan dan melenyapkan penderitaan.
Berdasarkan video tersebut, apakah teori obligasi yang anda boleh kaitkan dengan kejadian tersebut?
Pada pendapat saya, teori obligasi merupakan kedudukan etika normatif yang menghakimi moral tindakan berdasarkan peraturan. Teori ini pun kadang-kadang digambarkan sebagai 'kewajipan' ataupun 'peraturan' kerana peraturan boleh mengikat individu kepada sesuatu tugas atau kerja.
Berdasarkan video tersebut, pemandu kenderaan warna perak tersebut telah meletakkan kenderaan individu tersebut secara paksaan dan kekerasan ke dalam ruang yang sempit tersebut. Perlakuan ini adalah salah kerana ia boleh membahayakan kenderaan yang berdekatan.
Dari video tersebut, kita boleh melihat bahawa kenderaan berwana perak tersebut telah melanggar kedua-dua kenderaan di depan dan belakangnya. Pemandu kenderaan tersebut tidak bersifat rasional.
Pemandu kenderaan berwarna perak tersebut haruslah meminta maaf kepada pemilik kedua-dua kenderaan. Pemandu kenderaan perak tersebut hanyalah meletakkan kenderaannya dan meninggalkan tempat tersebut.
Pemandu kenderaan tersebut tidak memikirkan bagaimana pemilik kenderaan di hadapan dan belakangnya boleh mengundurkan kenderaan mereka. Pemandu kenderaan berwarna perak bersifat mementingkan diri.
Pemandu kenderaan berwarna perak tidak melaksanakan peranannya di atas jalan raya. Pemandu kenderaan berwarna perak tersebut tidak memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain dan malah juga membahayakan pengguna lain.
Pemandu kenderaan tersebut tidak menghormati pemandu lain dan juga undang-undang di jalan raya.
Perakam video tersebut ini juga mempunyai kesalahan. Perakam video ini tidak patut membiarkan situasi tersebut berterusan sehingga pemandunya turun dari kereta. Perakam video ini haruslah menghentikan tindakan pemandu tersebut dengan bercakap bersama pemandu tersebut.
Perakam video ini juga tidak harus memberi sorakan dan tepukan kepada pemandu tersebut. Ini akan menyebabkan pemandu tersebut rasa bangga atas tindakannya dan tidak rasa bersalah. Perakam video ini tidak mengamalkan sifat tanggungjawab bersama pemandu kenderaan berwarna perak tersebut.
Secara kesimpulannya, pemandu kenderaan berwarna perak dan perakam video ini tidak mengamalkan teori obligasi. Teori obligasi haruslah diamalkan untuk memberikan generasi muda untuk dijadikan contoh. Generasi muda adalah mudah dipengaruhi dan melalui obligasi, generasi muda akan memahami tindakan yang salah dan betul.
SOALAN: Jelaskan perbezaan antara ajaran Konfucianisme dan Taoisme berkenaan konsep “Te”.
JAWAPAN:
Konfucianisme adalah kemanusiaan, suatu falsafah atau sikap yang berhubung dengan kemanusiaan, tujuan dan keinginannya daripada sesuatu yang bersifat abstrak dan masalah ideologi. Dalam konfucianisme manusia adalah pusat daripada dunia. Hal ini membawa maksud bahawa manusia tidak boleh hidup sendirian melainkan hidup bersama-sama manusia lain. Menurut ajaran ini juga, matlamat akhir manusia adalah kebahagiaan individu. Perkara yang perlukan untuk mnecapai kebahagiaan adalah perdamaian.
Di samping itu, ajaran Taoisme pula adalah ajaran yang diasaskan oleh Loa Tze dan Chuang Tzu. Ajaran Taoisme adalah gabungan anarkisme dan kepercayaan bahawa kebenaran di luar fahaman manusia boleh diperolehi dengan cara bersemadi atau tasawuf.
Menurut ajaran konfucianisme, konsep Te membawa maksud kewibawaan pemerintah, kepercayaan, pembinaan personaliti dan menegakkan moral. Namun, konsep Te juga membawa maksud keutamaan atau seni hidup. Manakala menurut ajaran Taoisme, konsep Te membawa maksud kebajikan, watak, pengaruh dan kekuatan moral. Menurut kamus cina pada abad ke-2 masihi, Shuo Wen Chieh Tzu (keterangn mengenai kata-kata dan analisis huruf cina), Te ditakrifkan sebagai pengaruh batin yang dari dalam diri seseorang. Selain itu, Te juga membawa maksud kemuncak kebahagiaan.
Comments
Post a Comment